ALUAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمد لله رب العالمين ،

والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya.

Pertama-tamanya saya mengucapkan selamat datang kepada warga baru SKSI dan selamat bertugas semula kepada warga Sekolah Kebangsaan Sei Intan, Kluang.Terima kasih juga kepada yang membantu menghasilkan dokumen pengurusan sekolah tahun 2018 ini, seterusnya diharapkan dokumen yang komprensif ini dapat digunakan sebagai garis panduan dalam melaksanakan aktiviti dan program yang dirancang. Sesungguhnya elemen pemantauan, penilaian dan penambahbaikan akan terus menjadi aspek yang ditekankan dalam kitaran perancangan pembelajaran kita bagi tujuan melonjakkan kecemerlangan selaras dengan aspirasi sistem pendidikan negara kita.

Kajian menunjukkan bahawa sumber manusia adalah faktor penentu kepada kejayaan sesuatu organisasi, sebagai seorang guru dan penjawat awam kita mestilah melakukan anjakan paradigma dengan melengkapi diri dengan pemikiran dan pembudayaan pendidikan alaf baharu. Kita akan ketinggalan jika kita bersikap “wait and see” atau “I follow”. Sebaliknya kita harus mempunyai sifat penggunaan ilmu dan mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan melaksanakan perubahan yang positif, pemikiran yang futuristik, kreatif dan inovatif untuk memastikan setiap tugas dapat dilaksanakan dengan baik, berkesan, berdaya saing “desirable outcome” kepada organisasi yang kita naungi.

Sebagai Ketua Organisasi sekolah, saya mengharapkan pada tahun 2018 ini semua warga sekolah iniakan dapat bersama-sama sederap dalam melaksanakan apa juga program dan aktiviti yang dirancang agar semuanya dapat berjalan dengan sempurna dan berkesan. Saya juga mengharapkan kita dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan serta komitmen yang tinggi dalam tugasan yang diberikan agar kejayaan dan kecemerlangan dapat kita kecapi bersama, marilah kita bekerja sebagai satu pasukan bak kata pepatah “Muafakat Membawa Berkat”, “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh,” إن شاء الله‎  kejayaan akan kita miliki.

Akhir kata, semoga sesi persekolahan 2018 ini akan seiring dengan azam dan tekad bagi meningkatkan kualiti profesionalisme diri yang menuntut kepada perubahan untuk menjamin organisasi SK Seri Intan, mencapai prestasi yang membanggakan dan melakarkan kejayaan gemilang dan semua segi sama ada akademik, sahsiah, disiplin dan kokurikulum.

Sekian. Terima kasih dan Selamat Bertugas.

Yang Ikhlas,

Haji Md Hatta Bin Samian

Guru Besar